Sunday, December 6, 2009

Hafiz AF mungkir janji

oleh: JOYAHSPOT!

KASIHAN Joyah dengar cerita seorang teman seperjuangan Joyah yang khabarnya 'dimainkan' oleh juara Akademi Fantasia, Hafiz.

Bukannya dipermainkan macam mana tapi janji nak temuramah melalui telefon namun sampai sudah Joyah dengar khabar Hafiz tak membalas panggilannya.

Pada hal Hafiz tahu yang kawan Joyah itu mahu menemuramahnya melalui telefon kerana page sudah disediakan. Malangnya bukan sahaja panggilan, mesej yang diberikan kepadanya juga tak dijawab.

Sedangkan kawan Joyah itu sedang kelam kabut hendak menyiapkan artikel berkenaan si Hafiz ini. Oleh kerana sampai sudah tak berjawab, menggelabahlah dia menggantikan page yang sepatutnya untuk artikel Hafiz ini dengan artis lain.

Joyah bukan mahu menyalahkan Hafiz tapi ini kali kedua cerita yang hampir sama Joyah dengar mengenai artis muda ini.

Sebelum ini teman sebelah Joyah hampir-hampir nak pengsan bila Hafiz tak angkat telefonnya sedangkan page dah disediakan.

Oleh kerana sampai ke sudah telefon dan mesej tak berbalas maka teman sebelah Joyah yang boleh tahan kacaknya ini pun terpaksa menggantikannya dengan artis lain.

Nasib baik bila dah kecoh-kecoh, minggu depannya si Hafiz menghubungi kawan sebelah Joyah itu. Dia minta maaf banyak-banyak sebab tak telefon kembali dan tak angkat telefon dengan alasan sibuk dengan kerja.

Tak kisahlah dik nun. Joyah faham sebagai artis memang sibuk ke sana ke mari. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain.

Kan awak sudah berjanji. Orang Melayu kata kalau berjanji mesti ditepati. Joyah harap Hafiz jangan buat perangai macam itu lagi.

Sebab Hafiz ada bakat besar dan mempunyai peluang cerah untuk berjaya. Nanti kalau selalu mungkir janji orang menyampah pula. Kan tak bagus!

Source: http://www.utusan.com.my

ps to Hafiz:
pls take this seriously... no matter how busy you are, it's no excuse to not answer important calls esp. from reporters. They played important role in building up your career. You have a very bright future ahead of you, my dear!

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

adeh...please make up with the reporter, Fiz. Dun waste what u hv right now...we'll always support u, though...

Related Posts with Thumbnails