Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah to Arwah Din Beramboi

Assalamualaikum dear Friends & Fans of Hafiz....

Awal pagi tadi, kami di HafizFC amat terkejut dengan berita kembalinya Arwah Din Beramboi ke Rahmatullah. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 12.30pagi tadi.

Excerps from Murai.com.my :

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan bersempadan dengan kawasan Frim sebelum solat Jumaat, manakala Solat Jenazah pula akan dilakukan di Masjid Al-Faizin Taman Ehsan pada jam 11 pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.


Takziah dari HafizFC buat keluarga arwah..... you will be sadly missed.....Al-Fatihah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails