Friday, April 2, 2010

SHOWCASE HAFIZ @ ARIL



Hafiz dan Aril, dua bintang kelahiran Akademi Fantasia yang sedang melonjak naik di dalam industri seni tempatan ketika ini. Kesinambungan dengan itu, pihak Astro Entertainment akan mengadakan satu showcase bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 11 April 2010 ini. Showcase Hafiz dan Aril ini bakal berlangsung pada jam 9.30 malam selama satu jam sebaik sahaja berakhirnya Debaran Akademi Fantasia 8.

Showcase ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih kepada penonton yang memberi sokongan tanpa henti kepada Akademi Fantasia 8. Justeru persembahan eksklusif ini dibawakan secara percuma sebagai santapan kepada penonton-penonton Debaran Akademi Fantasia 8 yang sudi hadir ke Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Selain berhibur dengan persembahan Hafiz dan Aril kesemua penonton berpeluang untuk beramah mesra bersama kedua-dua bintang ini sebaik sahaja showcase tersebut berakhir. Jadi jangan lupa luangkan masa anda untuk berhibur dengan persembahan eksklusif daripada Hafiz dan Aril di samping menyaksikan detik penyingkiran pelajar Akademi Fantasia 8 di minggu ketiga pada 11 April 2010 ini jam 9 malam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails