Sunday, April 18, 2010

Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’ - 20 April 2010


Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’ akan diadakan di Stadium Mini Kampung Beladin di dalam Kawasan Parlimen Batang Lupar, pada 20 April 2010. Ianya akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai acara dan program menarik telah disusun bermula dengan pameran dan jual sempena Karnival ‘Jom Berambeh’ pada jam 2 petang, 19 April 2010. Persembahan artis jemputan istimewa, Hafiz AF7 akan diadakan pada jam 11.30 pagi, 20 April 2010. Penduduk-penduduk di sekitar Kampung Beladin dan persekitaran adalah dijemput untuk menghadiri program ini.

Marilah kira bersama-sama memeriahkan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran Program/Karnival ‘Jom Berambeh’! Jumpa anda di sana!

No comments:

Related Posts with Thumbnails