Monday, June 14, 2010

Teater KITA Gegarkan Istana Budaya - Utusan Melayu 14/06/2010


Istana Budaya akan digegarkan dengan persembahan teater yang menerapkan elemen 1 Malaysia,Teater Muzikal KITA bermula pada Khamis ini sehingga 27 Jun. Sebanyak 50 orang artis daripada pelbagai bangsa akan terlibat dengan pementasan itu menampilkan keunikannya tersendiri.Teater itu mengisahkan 3 sahabat iaitu Rahman, Cheong dan Amish yang dapat hidup bersama sejak kecil sehingga dewasa serta melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka.

Teater Muzikal KITA ini akan menampilkan semangat dan visi sebenar konsep 1 Malaysia, dengan semua bangsa hidup aman dan harmoni, bersatu padu untuk
mencapai kemajuan dan kemakmuran tanah air. Antara pelakon yang membintangi teater itu ialah Hafiz AF7,Eric Lin,Michael Rao, Nas Adila, Amy Wang dan Datuk Jalaludin Hassan.

Ia sesuai untuk tontonan semua kaum diseluruh negara kerana menampilkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kemakmuran negara. Peminat teater boleh membeli tiket berharga RM38,RM88,RM108 dan RM288.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijadual akan menyaksikan pementasan teater itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails