Saturday, June 19, 2010

TEATER MUZIKAL KITA - Utusan Online



Najib Tun Razak, Dr. Rais Yatim, Dr. Koh Tsu Koon, Masnah Rais bersama pelakon dan tenaga produksi selepas persembahan teater muzikal KITA di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.



Teater muzikal Kita yang dipentaskan di Istana Budaya malam tadi menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai satu-satunya teater muzikal yang berkonsepkan 1Malaysia setakat ini.

Teater diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dianjurkan Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Istana Budaya serta Xiyue Art & Culture.

Teater itu dibintangi oleh beberapa artis terkenal antaranya, Datuk Jalaluddin Hassan, juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz dan Nas Adila.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri Kabinet termasuk Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut meluangkan masa menyaksikan pementasan teater tersebut di Istana Budaya, malam tadi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails