Saturday, August 7, 2010

Astro dan artis beramah mesra dengan editor hiburan

source: http://auwjuwie.blogspot.com

PADA 5 Ogos lalu, Astro Entertainment mengadakan Majlis Makan malam Eksklusif di antara artis-artisnya bersama Editor-editor Hiburan media tempatan di Restoran Delucca, One Residency , Jalan Nagasari, Kuala Lumpur.

Di antara artis–artis Astro yang hadir seperti Erra Fazira, Mawi (bersama isterinya- Ikin), Akhil Hayy, Zoey, Hafiz AF7 dan bintang baru AF8 - Adira, Ain dan Maulana. Superstar Anita Sarawak pun hadir bersama suaminya – Mohd. Mahathir Abdullah.

050820102083
Dari kiri: SUHAILA, ERRA, HAFIZ dan NORIZAN.

Pengurus Talent & Strategy – Norizan Abu Samah dan Eksekutif Talent & Strategy – Suhaila Zainuddin serta para artis seronok dapat meluangkanmasa beramah mesra serta mengeratkan silaturahim dengan para editor.
DSCN1110 -2B
Para editor bersama pegawai Astro Entertainment dan artis-artis bergambar kenangan.

Di antara editor hiburan yang hadir – Tengku Khalidah Tengku Bidin (Mingguan Malaysia), Roslen Fadzil (Harian Metro), Saharudin Musthafa (Utusan Malaysia), Faridah Hitam (Timbalan Pengarang M–Star), Niezam Abdullah (M-Star), dari Kumpulan Berita Harian – Hanizam Abdullah, Zainuri Misfar, Nurulhisham Abdul Latif dan Elynna Ali (editor murai.com) serta wartawan hiburan URTV – Shana.
Adira, Ain dan Maulana menghiburkan hadirin dengan lagu- lagu merdu.
050820102082

HAFIZ (kiri) dan ZAINURI MISFAR.
Seronok juga majlis itu. Sambil beramah – mesra dapat pula bahan-bahan menarik untuk ditulis dalam ruangan hiburan.

Mawi pula memberi cendera hati albumnya 
The Best of Mawi kepada para hadirin. Astro Entertainment memberi sejadah kecil, acar buah dan serunding daging yang diisi dalam kotak yang cantik. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih Astro terutama Norizan dan Ila yang selama ini sentiasa rajin melayan para wartawan hiburan dengan mesra. Lihat aksi foto-foto mereka di ruangan ini .

No comments:

Related Posts with Thumbnails