Friday, August 6, 2010

SELEBRITI TERUJA NAK SERTAI YOK SAHUR 3


Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2010: Bermula Jumaat ini (6 Ogos 2010) pembaca setia portal murai.com.my berpeluang mengikuti program amal Yok Sahur edisi ketiga dengan menyertai peraduan Yok Sahur 3 yang memberikan peluang 5 pasangan GengMurai untuk bersahur bersama 40 selebriti di 3 lokasi rumah anak yatim terpilih.

Ketika sidang media Ramadan & Raya 2010 (R&R2010) dan Yok Sahur 3 di hotel Marriott Putrajaya pada 4 Ogos lalu, 9 selebriti yang dijemput menyertai Yok Sahur 3 iaitu Along Raja Lawak, Zila Seeron, Dafi, Ajieb, Hafiz AF7, Adira AF8, Izwan Pilus, Farawahida dan Amylea yang sempat sempat berkongsi cerita kenangan mereka yang pernah menyertai Yok Sahur 3. Ada juga antara mereka baru kali pertama menyertai program ini.

Hafiz's comment :

Hafiz AF7
"Memori mengejutkan adik-adik untuk bersahur memang satu yang pengalaman yang indah. Hafiz teruja menantikan saat untuk menyertai Yok Sahur kali ini. Tahun lalu, Hafiz merasakan sesuatu yang lain walaupun jadual Hafiz agak sibuk. Hafiz juga berterima kasih kepada murai.com.my menjemput Hafiz lagi selain telah memilih Hafiz sebagai penyanyi lagu tema R&R bertajuk Yok Beraya pada tahun lalu."

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails