Thursday, June 21, 2012

Galeri Rooftop: Rancangan muzik Malaysia pertama di puncak bumbung


Seringkali kita lihat artis-artis kita membuat persembahan mereka di acara pentas seperti konsert, majlis keramaian mahupun pertandingan. Namun agak pelik jika mendengar mereka bakal menyanyi di atas bumbung.

Itulah dimensi baru yang bakal penonton saksikan di dalam sebuah rancangan siri muzik menarik serta terbaru di Saluran Ceria Anda. Berbeza dengan rancangan nyanyian biasa, kehadiran rancangan Rooftop yang bakal bersiaran di NTV7 bermula 6 September 2012 ini akan membawakan penonton untuk melihat persembahan artis-artis kesayangan mereka menyanyi di atas bumbung sebuah bangunan berlatarbelakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Rancangan ini akan mengetengahkan 14 bakat muda dan besar iaitu Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, OAG, Liyana Fizi, Diandara Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan & The Typewriter sepanjang 13 episod rancangan itu disiarkan.

Tupai yang dijemput untuk menghadiri sidang media rancangan tersebut telah berpeluang untuk menyaksikan lokasi yang pentas tersebut dan para artis-artis yang akan membuat persembahan.



No comments:

Related Posts with Thumbnails