Friday, June 1, 2012

HAFIZ MENTIONS IN HARIAN METRO ARTICLE




Setakat ini saya melihat satu zaman kebangkitan buat anak muda dari Kuching, Sarawak, tidak lain daripada Hafiz AF7 atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 22. Dalam usia dua tahun lebih muda daripada Adele, saya merasakan Hafiz akan mampu menjadi seorang penghibur serba boleh kebanggaan Malaysia satu hari nanti dan bintangnya nyata semakin cerah.

Selain berjaya dalam AJL lalu dan terbarunya pula, Mania, saya harap pihak Astro akan lakukan sesuatu kepada Hafiz mulai sekarang untuk meluaskan penguasaannya sehingga ke negara jiran. Sia-sialah kalau kita beri tempat kepada Ahmad Dhani daripada Dewa19 di dalam Mania jika kita sendiri tidak ‘mempergunakan’ komposer, penyanyi dan pemuzik itu untuk kebaikan artis kita seperti Hafiz di Indonesia.


No comments:

Related Posts with Thumbnails