Friday, June 1, 2012

Hafiz Juara MANIA, Menang RM500,000



Tidak salah rasanya jika kami katakan yang Hafiz Suip merupakan juara antara yang terbaik selepas dinobatkan pemenang mutlak persaingan MANIA yang telah berakhir malam tadi di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, disiarkan melalui Astro Ria dan Astro Prima.

Di pentas akhir MANIA, Hafiz Suip menerima 28% undian mengalahkan empat peserta lain untuk meraih habuan RM500,000 beserta trofi kemenangan. Produser yang menaungi penyanyi ini, Ahmad Dhani  berjaya membawa pulang RM300,000 sebagai habuan.

Tempat kedua dipegang oleh Stacy dengan 22% undian dan berjaya membawa pulang RM200,000 dan Jaclyn Victor melengkapkan pemenang di tempat ketiga dengan 22% undian dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi. Tahniah buat semua pemenang!



No comments:

Related Posts with Thumbnails