Tuesday, June 5, 2012

Konsert Aku Sudirman Kenang Lagu-Lagu Nyanyian Sudir


Sempena memperingati 20 tahun pemergian Penghibur Nombor Satu Asia, Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, sebuah konsert telah diadakan pada Ahad lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. 

Konsert Aku Sudirman dibarisi bintang ternama tanahair antaranya Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Khatijah Ibrahim, Jaclyn Victor, Kumpulan Hujan, Ziana Zain, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.

Lebih 5,000 peminat muzik tanahair membanjiri stadium itu seawal pukul 6 petang bagi menyatakan rasa kekaguman mereka terhadap penyanyi kelahiran Temerloh Pahang itu.

Selain ditugaskan untuk menjadi pengacara konsert tersebut, Dato' AC Mizal membuka pentas persembahan dengan lagu Chow Kit Road.

Antara persembahan yang menambat hati penonton termasuk nyanyian lagu tema filem Kami iaitu Pelangi Petang yang telah disampaikan dengan baik oleh Hafiz. Juara Akademi Fantasia 7 itu turut berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Bimbang Terluka Lagi.




No comments:

Related Posts with Thumbnails