Wednesday, January 6, 2010

Buah Tangan AESB



Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini tampil dengan album berjudul ¡¯ERA Muzik Hits Terkini¡¯, kompilasi sepuluh (10) buah lagu terhangat di carta radio ERA. Kompilasi dari sembilan (9) artis di bawah naungan AESB iaitu Mawi, Mila, Stacy, Hafiz, Aril, Akim, Yazid, Isma dan Anita Sarawak, memberi peluang kepada peminat-peminat memiliki lagu-lagu terbaik, nyanyian barisan artis terbaik yang pernah menduduki carta tertinggi radio sepanjang tahun 2009.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Encik Zainir Aminullah berkata, ¡±Album ERA Muzik Hits ini memenuhi permintaan sebahagian besar peminat yang ingin memiliki koleksi peribadi lagu-lagu nyanyian artis kesayangan mereka. Ini memudahkan peminat mendengar himpunan lagu-lagu ini yang turut menerima permintaan paling tinggi dari para pendengar radio¡±. ¡±Kesimpulannya, penerbitan album ini didedikasikan khusus kepada para penyokong bintang - bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia¡±.

Di dalam album kompilasi ini terkandung tujuh (7) buah lagu yang telah berada di carta lebih enam bulan hingga kini iaitu lagu Menggegar Dunia (Stacy & Adam), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi & KRU), Masih Jelas (Hafiz), Bengang (Akim), dan Pakai Buang (Stacy).

Pencapaian ini membanggakan AESB apabila lagu-lagu tersebut memperkukuhkan kedudukan masing-masing dalam tempoh yang agak lama. ¡¯Masih Jelas¡¯ nyanyian Hafiz di berada di dalam senarai carta ERA selama 29 minggu, diikuti ¡¯Bengang¡¯ juga selama 29 minggu berturut turut. Manakala ¡¯Pakai Buang¡¯ berada selama 16 minggu berturut turut dan ¡¯Sujud¡¯ nyanyian Mawi juga tampil hebat apabila berjaya bertahan selama lebih 14 minggu di carta.

Jika Kau Ubah Fikiran¡¯ nyanyian Mila menduduki sepuluh (10) minggu berturut turut tangga carta sementara kolaborasi duet di antara Stacy dan Adam ternyata turut menjadi apabila ¡¯Menggegar dunia¡¯ berada selama tujuh (7) minggu berturut turut. Terkini, ¡¯Menatap Wajahmu¡¯ dendangan Aril bukan sahaja mendapat sambutan hangat dari pelawat-pelawat laman web sosial malah sekarang berada di tangga pertama carta ERA selama tiga (3) minggu berturut turut.

Sementara itu, ¡¯Berbicara¡¯ dari Isma dan ¡¯Sugul¡¯ nyanyian Yazid mula mendapat perhatian para pendengar radio dan tidak mustahil akan turut menjejaki tangga carta. Sebagai bonus, turut dimasukkan di dalam album ini, lagu ¡¯Maafkan¡¯ nyanyian artis tersohor, Anita Sarawak yang diputarkan pada musim perayaan yang lalu.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari pihak AESB, hanya dengan RM21.90 pendengar tidak perlu membeli sepuluh (10) CD sebaliknya berpeluang memiliki sepuluh (10) buah lagu terhebat di dalam satu (1) CD. Selain itu, peminat juga diberi bonus tujuh (7) klip muzik video secara percuma.

Album ini telah mula berada di pasaran sejak 28 Disember 2009, diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Para peminat juga berpeluang memuat turunkan nada dering lagu-lagu kompilasi ini di laman web Maxis, Digi dan Celcom.

No comments:

Related Posts with Thumbnails