Friday, January 8, 2010

Konsert ROKET! Destinasi: Bintang: Trailer - Astro Ria this January!

Roket! akan memaparkan perjalanan karier seni tiga juara Akademi Fantasia musim ketujuh - Hafiz, Aril dan Akim, serta keterujaan dan pahit manis dunia hiburan. Program ini akan membawa penonton kepada suasana semasa proses latihan dan persiapan yang dilalui oleh ketiga-tiga artis berkenaan untuk menjayakan konsert yang julung kali diadakan - Konsert ROKET!. Para penonton juga akan berpeluang untuk lebih mengenali ketiga-tiga artis tersebut serta merasai detik- detik yang penuh emosi yang dilalui oleh mereka. Tontonilah saat-saat kegembiraan dan kekecewaan yang mereka alami dalam usaha mereka untuk menjadi ikon-ikon seni hiburan di tanah air.

Saksikan program realiti roket!destinasi bintang bermula di astro ria pada 16 Januari.

Source: Konsert Roket Facebook

No comments:

Related Posts with Thumbnails