Thursday, January 14, 2010

Menuju Kegemilangan Dunia Seni! Konsert Roket! Destinasi : Bintang





Kit Kat Klub Events, syarikat pengurusan acara di bawah naungan Enfiniti Productions yang pernah melahirkan beberapa nama yang terbesar di industri seni Malaysia seperti Sofea Jane, Linda Jasmine dan ramai lagi, mempersembahkan Konsert Roket! Destinasi : Bintang.

Persembahan konsert ekslusif yang diberi nama Roket! ini akan diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Borneo Rainforest @ Sunway. Konsert 90 minit ini akan dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen dengan menggunakan pentas yang disediakan khas di atas kolam air Borneo Rainforest dengan latar belakang suasana air terjun yang indah. Konsep pementasan yang unik ini akan dihiasi dengan penyediaan satu pentas khas di mana model-model yang terdiri daripada Finalis Pencarian Lelaki Maskulin oleh Majalah Maskulin akan berjalan (catwalk) sambil mempamerkan pelbagai aneka fesyen masakini.

Pementasan konsert tersebut bertempat di Borneo Rainforest adalah merupakan yang pertama kali pernah diadakan dan ia pasti akan menjanjikan suatu persembahan yang menarik dan tidak mudah dilupakan. Bagi menjayakan konsert Roket!, ketiga-tiga artis - Hafiz, Aril dan Akim, akan diiringi oleh kumpulan pemuzik terkemuka tanahair yang diketuai oleh Lee Sze Wan, yang terkenal dengan karyanya bersama pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical yang diterbitkan oleh Enfiniti Productions, serta peragaan fesyen oleh Ervan Design, jenama terbaru yang merupakan sister brand Bon Zainal, dan Materiel di Pavilion. Roket! akan menampilkan lagu-lagu hit Hafiz, Aril dan Akim seperti Masih Jelas, Menatap Matamu, Bengang, termasuk beberapa lagu Inggeris yang akan dipersembahkan secara berkumpulan.

Tiket berharga RM38 termasuk minuman, boleh ditempah melalui 03-79587877 atau kitkatklub@enfiniti.com.my.

Terima kasih kepada penaja Konsert Roket! :

Secolo Hairdressing - Pendandan Rambut Rasmi
TW Steel Watches - Jam Rasmi
Borneo Rainforest @ Sunway - Lokasi Rasmi
Materiel di Pavilion dan Ervan Design - Penaja Pakaian
Majalah Maskulin, Kumpulan Karangkraf - Penaja model-model lelaki dari Finalis Pencarian Lelaki Maskulin

No comments:

Related Posts with Thumbnails