Monday, December 16, 2013

Hafiz Suip menyerlah di AIM20


PENYANYI yang kini terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip mencipta kejayaan tersendiri apabila membawa pulang tiga trofi pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi yang berasal dari Bumi Kenyalang ini menerim anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.

"Syukur ke hadrat Ilahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

"Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang. Ia adalah milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya (ketawa)," kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Mengakui kemenangannya pda malam itu memberi kejutan buatnya, Hafiz berkata, ia sekali gus memberi kenangan manis kerana menjadi kemenangan besar dan pertama buatnya di pentas AIM.

"Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

"Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya," katanya.

Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

"Apa yang saya harapkan, kemenangan ini membuatkan saya leka, sebaliknya sebagai cabaran untuk memberikan lebih baik kerana orang akan jangkakan yang lebih dari saya," katanya.


For full article, go to : http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails