Monday, December 16, 2013

Saya Sahut Cabaran – Hafiz Suip



Pertama kali dalam sejarah bergelar anak seni, Hafiz Suip telah berjaya memenangi trofi daripada Anugerah Industri Muzik (AIM).

Walaupun pernah tercalon melalui kategori Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pada AIM17, namun nampaknya tuah bukan milik Hafiz pada masa itu.

Berbeza pada tahun ini di AIM20, Hafiz membawa pulang tiga trofi sekali gus iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Album Terbaik, dan Rakaman Album Terbaik daripada empat kategori yang dicalonkan.

Bercakap pada media selepas berakhirnya majlis AIM20 malam kelmarin, Hafiz menyifatkan kejayaan tersebut memberi cabaran baru buatnya di dalam bidang ini.


"Ini adalah satu cabaran buat saya. Saya pasti ramai yang mengharap sesuatu yang lebih baik daripada saya selepas ini. Jadi, saya sedia sahut cabaran ini untuk terus memberikan mereka yang terbaik".

Dalam pada itu, Hafiz mengakui terkejut dengan kemenangannya pada tahun ini apatah lagi calon-calon yang turut bertanding di dalam kategori yang sama tidak kurang hebatnya.

"Secara jujurnya saya sangat terkejut kerana langsung tak menjangka akan menang terutama sekali untuk kategori vokal terbaik. Mana tidaknya, mereka yang tercalon mempunyai keistimewaan masing-masing. Tapi saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi dan menganggap ini adalah rezeki buat saya."

Meskipun sudah memenangi banyak anugerah sepanjang beberapa tahun melibatkan diri di dalam industri muzik, Hafiz masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya dan menyimpan hasrat untuk menjadi seperti idolanya iaitu Dato' Siti Nurhaliza dan Amy Search.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di bawah ini kami sertakan beberapa keping foto Hafiz yang sempat dirakam sewaktu AIM20 untuk tatapan anda.








No comments:

Related Posts with Thumbnails