Monday, December 16, 2013

Menang Album Terbaik AIM20, Hafiz Suip Tepati Ramalan


Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20) menyaksikan juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam Sabtu.
Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

Hafiz ketika ditemui pada majlis sidang media berkata, kemenangan tersebut merupakan hadiah paling berharga buat dirinya kerana kali pertama menyertai AIM dan telah merangkul tiga anugerah sekaligus.

“Sikit pun Hafiz tak sangka akan memenangi tiga anugerah pada malam ini..Lebih-lebih lagi Album Terbaik, kerana ini kali pertama menyertai AIM , tetapi Hafiz bersyukur diberikan rezeki ini.

“Dikesempatan ini Hafiz ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T diberikan rezeki ini kepada Hafiz dan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa, sahabat handai dan para peminat yang telah banyak menyokong Hafiz,” katanya.


For full article, go to : http://www.astrogempak.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails