Friday, December 20, 2013

Penghargaan lagu lama


Hafiz menang besar

Unggul di persada muzik tanah air, penyanyi kelahiran program realiti, Hafiz Suip boleh dikatakan sebagai menang besar apabila menggondol tiga anugerah di dalam AIM20.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang itu mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi anugerah Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni serta menang dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) dengan lagu Bahagiamu Deritaku mengatasi empat calon lain seperti Azlan & The Typewriter, Faizal Tahir, Ronnie (Hyperact) dan Hazama.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu kemenangan tersebut bukanlah satu masa untuknya mendabik dada sebaliknya dia perlu berusaha lebih kuat pada karya seterusnya.

"Syukur ke hadrat Ilahi. Kemenangan ini tidak akan buat saya leka atau mengambil sikap sambil lewa sebaliknya saya anggap ia sebagai cabaran untuk saya meningkatkan prestasi selagi mana tahap yang saya mampu.

"Ini adalah permulaan dan kemenangan pertama saya di dalam AIM. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya malam ini tetapi tidak dinafikan persaingan begitu sengit. Saya hadiahkan kemenangan ini buat keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya," kata Hafiz sambil menganggap kemenangan kali ini sebagai memori yang begitu manis buat dirinya.

Meskipun sudah memenangi banyak anugerah sepanjang beberapa tahun melibatkan diri di dalam industri muzik, Hafiz masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya dan menyimpan hasrat untuk menjadi seperti idolanya iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.


For full article, go to : http://utusan.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails