Monday, December 16, 2013

Selepas Menang Besar AIM20, Hafiz Idam Gelaran Idola


Ditanya siapa penyanyi lelaki yang nombor 1 tanah air di ketika ini, jawapannya sudah pastilah Hafiz Suip, berdasar trek rekod kejayaan yang dikecapi satu persatu sejak dua tahun lalu hingga kini. Dan malam Sabtu lalu hasil usaha keras anak kelahiran Kuching Sarawak ini sekali lagi diiktiraf sekaligus mencipta sejarah apabila dia memenangi 3 trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20).

Malam kemuncak segalanya itu menyaksikan Hafiz memenangi anugerah bagi kategori Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni, Rakaman Album Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

"Ini adalah kemenangan saya yang pertama dalam AIM. Saya langsung tak sangka sebab saingannya hebat-hebat. Syukur ke hadrat Ilahi dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada semua pihak termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.

"Bagi saya kemenangan dan trofi ini bukan milik saya seorang, ia milik semua calon. Cuma trofi disimpan di rumah saya," kata Hafiz yang ditemui pada sidang media AIM20.

Lebih bermakna, kata Hafiz apabila album keduanya itu diumum sebagai pemenang Rakaman Album Terbaik.

"Bila dapat tahu saya menang untuk kategori Rakaman Album Terbaik, saya memang terkejut dan bersyukur.

"Apatah lagi yang tercalon ada keistimewaan masing-masing dan saya tak yakin untuk menang. Tapi itulah dia keajaiban buat saya," ujarnya.


Bagaimanapun Hafiz berkata, kemenangan ini bukan alasan buatnya untuk tidak lagi bekerja keras atau bekerja sambil lewa kerana kemenangan tersebut adalah satu cabaran baru buatnya.

"Saya harap saya tak leka dengan kemenangan ini. Saya akan berusaha lebih gigih lagi. Saya selalu impikan yang satu hari nanti saya boleh jadi seperti idola-idola saya macam Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' M. Nasir. Kalau boleh saya juga nak peminat-peminat jadikan saya idola mereka," katanya.

Photos credit : OhBulan.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails