Wednesday, May 2, 2012

ARTIS TERBAIK ERA, HAFIZ!

ERA fm dengan bangganya mempersembahkan 
ARTIS TERBAIK ERA, HAFIZ!


Anak kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip merupakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh. Hafiz dilahirkan pada 27 Februari 1990 dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Anak muda ini meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai sebuah program realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang dapat digambarkan tentang anak muda ini apabila Hafiz telah berjaya menjuarai program tersebut sekaligus menghampakan saingannya. Beliau kemudiannya meneruskan langkahnya dalam bidang nyanyian menerusi album pertamanya yang berjudul Masih Jelas. Ternyata langkahnya membuahkan hasil apabila lagu Masih Jelas tercalon di dalam kategori Lagu Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM 17).

Awan Nano dengan penampilan Herman Tino

Lagu tersebut turut dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-24 dan sekaligus melayakkan penyanyi berbakat besar ini dicalonkan untuk kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Satu permulaan yang baik buat Hafiz walaupun tidak berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori-kategori tersebut. Tidak tertumpu dalam bidang nyanyian sahaja, Hafiz turut melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan teater yang berjudul KITA iaitu sebuah teater muzikal berinspirasikan konsep 1Malaysia. Beliau diberi kepercayaan untuk memegang watak utama bagi teater tersebut. Kejayaan teater muzikal ini sekaligus berjaya direkodkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record.


Ombak Rindu duet bersama Adira, runut bunyi filem Ombak Rindu


Bakat lakonan Hafiz juga dapat dilihat menerusi video klip Awan Nano yang juga merupakan lagu ciptaan Dato' M. Nasir dan Budhi Hikayat. Video tersebut turut menampilkan penyanyi veteran Herman Tino.

Hafiz telah merangkul pelbagai jenis anugerah seperti Persembahan Vokal Terbaik (Noktah Cinta) dan meraih tempat ketiga (Noktah Cinta) di Anugerah Juara Lagu ke-25, Lagu Terbaik (Awan Nano) di Anugerah Planet Muzik. Lagu Awan Nano yang dinyanyikan anak muda ini tidak hanya mendapat pengiktirafan di Anugerah Planet Muzik tetapi juga telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik, Lagu Terbaik serta sekaligus menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-26.

Hafiz di Carta ERA 40 bersama Aznil Haji Nawawi

Baru-baru ini, anak muda ini turut berjaya meraih anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH) sekaligus menghampakan calon-calon hebat seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Black dan Aizat.

Untuk perkembangan terbarunya, Hafiz merupakan salah seorang bintang Mania yang bertanding dengan 14 bintang yang lain seperti Aril, Jaclyn Victor, Estranged, Alyah, Stacy, Akim, Kristal, Atilia, Awi Rafael, Chaq, Ebi, Shila Amzah, Adira dan Hazama.

Bagi peminat-peminat Hafiz yang ingin mengikuti perkembangan beliau di laman sosial, anda boleh layari laman twitter.com/hafizsuip

Source :  http://www.era.fm

No comments:

Related Posts with Thumbnails