Tuesday, May 22, 2012

HAFIZ JUARA GALAKSI MANIA


KUALA LUMPUR, 19 MEI 2012 : Juara Akademi Fantasia musim ke 7 (AF&), Hafiz telah menjadi pilihan para pengundi untuk ditabalkan sebagai Juara Mania yang pertama dalam Konsert Akhir Mania yang berlangsung sebentar tadi.

Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Suip, 22, turut merangkul gelaran Superstar Mania sekaligus menewaskan 4 finalis lain dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu. Kemenangan Hafiz telah diumumkan oleh hos Mania, Aznil Hj Nawawi.

Dengan kemenangan ini, Hafiz telah berjaya merangkul wang tunai RM500,000 beserta trofi Mania manakala produser yang bertanggungjawab mendidiknya, Ahmad Dhani pula telah menerima wang tunai RM300,000.

Tempat kedua menjadi milik Stacy yang merupakan anak didik kepada Datuk M.Nasir. Bekas Juara AF6 itu membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi Mania.

Tempat ketiga pula dirangkul Jaclyn Victor yang merupakan anak didik kepada produser Aubrey Suwito. Juara Malaysian Idol itu membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi Mania.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Berikut adalah lagu-lagu yang disampaikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir sebentar tadi :

Empayar Biru

Jaclyn Victor : 1) Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara  2) Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)

Empayar Merah 

Stacy :  1) Takkan Melupakanmu (Radja) 2) Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti) duet bersama Fiq Mentor
Hazama : 1) Saat Ku Idamkan (Amy Search) 2) Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Datuk Hattan

Empayar Hijau 

Hafiz : 1) Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin  2) I Believe I Can Fly (R.Kelly)
Aril : 1) Starlight (Muse)  2) Isabella (Search) duet bersama Ari Lasso


Dua lagenda Superstar iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings sebagai artis undangan pada final ini. Datuk Siti Nurhaliza menyampaikan medley lagu-lagu ciptaan pada produser muzik Mania manakala kumpulan Wings menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.

Konsert Akhir Mania, turut dipancarkan secara langsung ke saluran Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

Source : www.murai.com.my




No comments:

Related Posts with Thumbnails