Tuesday, May 22, 2012

FROM NOTAHATI BLOG....

A little aknowledgement for this wonderful blog called Notahati, u can reach them at http://www.notahati.com/ ...... thanx for the coverage and pictures guys..... :)


Semalam 20 Mei 2012 segala persoalan telah terjawab mengenai siapakah yang bergelar juara bagi pertandingan mencari superstar dalam galaksi bintang 'Mania' dan merangkul gelaran Superstar Mania 2012. Setelah 10 minggu berteka teki, akhirnya pada konsert akhir Mania pada malam tadi yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil telah menyaksikan Hafiz dinobatkan sebagai Juara Mania 2012 dan seterusnya bergelar Superstar Mania.

Sebelum keputusan diumumkan, terdapat pelbagai andaian mengenai siapa yang bakal bergelar juara dan bakal membawa pulang RM500 ribu. Ada yang menjangkakan Hazama, Jaclyn Victor, Aril, Stacy dan tidak dilupakan, Hafiz untuk bergelar Superstar Mania. Namun Hafiz telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau adalah Superstar Mania yang dicari-cari.

Walaupun masing-masing mempunyai kehebatan dan aura tersendiri nampaknya Hafiz, yang bernaung di bawah empayar hijau yang dibimbing oleh penerbit Ahmad Dhani telah berjaya memikat hati penonton dan pengundi seterusnya mengatasi peserta-peserta lain.


Pada persembahan pertama, Hafiz telah membawakan lagu 'Beribu Sesalan' yang dipopularkan 3 Suara iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura. Lagu ini telah didendangkan bersama artis jemputan iaitu Siti Sarah Raisuddin dan ternyata gabungan vokal mereka menghasilkan satu persembahan yang mantap dan memukau para penonton.


Kami dari NotaHati turut terpukau dengan kehebatan beliau. Kemudian pada persembahan kedua pula Hafiz membawakan lagu 'I Believe I Can Fly' yang pernah dipopularkan oleh R.Kelly. Menerusi lagu ini, kehebatan vokal Hafiz dan aura Superstar terserlah.

Hafiz yang merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-7, turut dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu yang ke-26 (AJL26) pada bulan Januari yang lepas menerusi  lagu Awan Nano. Ternyata tahun 2012 merupakan tahun kegemilangan Hafiz kerana berjaya merangkul dua gelaran Juara dalam tempoh setengah tahun pertama.


Seperti mana kita semua tahu, kejayaan seseorang artis itu bergantung kepada peminat-peminat dan penyokong yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada artis pujaan mereka. Walau sekecil mana pun jumlah peminat itu tetapi mereka tetap penting dalam menaikkan nama seseorang artis. 

Setelah berakhirnya Konsert Akhir Mania semalam, kami dari pihak Notahati sempat menemuramah ibu Hafiz bagi mendapatkan komen dan perasaan beliau apabila Hafiz diumumkan sebagai Superstar Mania 2012.

(too bad the vc has been taken down due to the content from Astro Malaysia (Digital Five Sdn Bhd) who has blocked it on copyright grounds)

Dalam temuramah tersebut ibu Hafiz ada menyatakan bahawa Hafiz akan mengadakan majlis bagi menghargai peminat dan juga penyokong beliau yang selama ini setia bersama beliau dan keluarga dalam memberikan sokongan dan galakan.

Thanks again to http://www.notahati.com/ for a wonderful write-up.

:)

No comments:

Related Posts with Thumbnails