Tuesday, May 22, 2012

HAFIZ RAJA SMS, RAMPAS GELARAN MAWI?


"Mawi lain, dia satu fenomena," ujar bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz merendah diri saat diberi jolokan Raja SMS baru merampas gelaran yang dipegang Mawi selama ini. Hafiz dinobatkan selaku juara program akhir Mania, iaitu sebuah pertandingan nyanyian yang menggunakan 100% undian SMS.

Konsert akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi ini menyaksikan Hafiz berjaya mendahului undian SMS sebanyak 28%, sekaligus menewaskan empat peserta akhir yang lain iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Aril dan Hazama.

"Mawi ada aura, saya tak ada aura. Apa yang saya boleh katakan, kemenangan ini adalah atas usaha peminat yang tak pernah putus-putus mengundi saya. Mereka dah penat undi saya, jadi saya mesti kena buat yang terbaik untuk mereka. Saya dah 'all-out' lebih 120% dan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang Tuhan beri kepada saya. Kalau saya kalah pun, saya mahu kalah yang bermaruah," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert.

Hafiz yang merupakan selebriti Mania di bawah Empayar Hijau bimbingan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani menyampaikan dua buah lagu, Beribu Sesalan duet bersama Siti Sarah Raisuddin dan I Believe I Can Fly nyanyian R.Kelly. Sewaktu selesai menyanyikan lagu keduanya itu, Hafiz menerima 'standing ovation' dari Ahmad Dhani yang mengakui keluar air mata mendengar nyanyian pelantun lagu 'Awan Nano' itu dan memberitahu tidak menyangka penyanyi Asia boleh menyanyi dengan sebegitu hebat.

"Saya tak pernah mendapat 'standing ovation' serta pujian sebegitu apatah lagi dari seorang produser terkenal yang arif dalam industri muzik. Ia satu perkara yang menakjubkan dan saya berasa amat berbesar hati dengan penghormatan sebegitu," ujar Hafiz yang berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi.

GUA sempat bertanyakan kepada Hafiz mengenai produser yang membimbingnya, Ahmad Dhani yang sedikit terkilan kerana Hafiz tidak menyanyikan lagu 'Bohemian Rhapsody' nyanyian kumpulan rock terkenal, Queen seperti yang dimintanya dan Hafiz menjawab, "Perkara ini ditukar saat-saat akhir. Selepas berbincang dengan pihak penerbitan, mereka juga bertanya kenapa perlu saya bawa dua buah lagu Inggeris, jadi saya memilih untuk membawa satu lagu Melayu. Saya bangga jadi Melayu dan sebab itulah saya menyanyi lagu Melayu. Sebagai penghibur, kita kena yakin dengan apa yang kita buat demi keselesaan diri kita.

"Apapun, saya seronok bekerja dengan beliau. Orang selalu ingat dia pendiam tapi bagi saya, tak kenal maka tak cinta. Dia seorang yang lawak dan pandai berjenaka. Dia memang bijak dalam industri muzik. Saya juga teruja dapat tawaran dari beliau untuk mengembangkan sayap di Indonesia. Dia seorang yang bagus dan Alhamdulillah, ini merupakan satu peluang untuk saya mencipta nama di sana."

Source : www.gua.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails