Monday, July 30, 2012

DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ BERPADU SUARA


Oleh : EDITORIAL MH
Tarikh : 30 Julai 2012

Sebelum ini dua penyanyi hebat tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz pernah berduet dalam beberapa persembahan. Nyata, gandingan mereka cukup serasi dan tidak menghampakan.

Terbaru, Dato' Siti dan Hafiz akan kembali bersatu menerusi sebuah lagu ciptaan vokalis Kumpulan Sixth Sense iaitu Adi. Lagu yang bakal dinyanyikan merupakan lagu tema bagi drama "Adam & Hawa" lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

Dua keping gambar yang dikongsi MH Online ini menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang berlatih. Dato' Siti dan Hafiz dijangka memulakan proses  rakaman dalam masa terdekat ini.

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd itu bakal ditayangkan di saluran Astro bermula 27 Ogos depan.



Source : MH Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails