Thursday, February 9, 2012

Awan Nano Akan Difilemkan?


9 Feb 2012, 01:22am   |   sultanmuzaffar

Malam tadi berlangsungnya kenduri kesyukuran anjuran Astro bagi meraikan kejayaan Hafiz di Anugerah Juara Lagu 26. Sekadar majlis ringkas yang cukup santai, rata-rata tetamu yang hadir pastinya cukup teruja bagi meraikan kejayaan Juara Akademi Fantasia 7 itu.

Pastinya kejayaan lagu Awan Nano ciptaan M.Nasir dengan lirik oleh Buddhi Hekayat, pastinya Astro memiliki perancangan seterusnya bagi memanjangkan lagi hayat tajuk lagu tersebut. GUA dengar, kini pihak Astro telah pun merangka rancangan untuk menerbitkan filem dengan tajuk yang sama.

GUA sudah boleh mengagak ia akan berlaku satu hari nanti dan pastinya jalan cerita yang mahu ditampilkan ada kena mengena dengan klip video nyanyian Hafiz dan juga persembahannya sewaktu di AJL.

Nama penyanyi Herman Tino pasti berada dalam senarai Astro untuk membintangi filem tersebut kerana kelibat penyanyi yang cukup dikenali dengan selempang kain pelikatnya itu cukup berkesan baik di dalam muzik video mahu pun di pentas AJL.

Mampukah nama Hafiz menjadi taruhan terbesar untuk filem yang bakal diberi tajuk Awan Nano itu kelak apabila ditayangkan? Bagaimana dengan anda? Setuju atau tidak Awan Nano difilemkan?

Source : www.gua.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails