Wednesday, February 15, 2012

Hot FM Big Jam Kembali Menghangat!


Hot FM Big Jam, satu jenama yang sinonim setiap kali tibanya sambutan ulangtahun Hot FM, kini kembali. Konsert yang bertujuan mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar atas sokongan mereka selama ini bakal direalisasikan pada 10 Mac depan bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Hot FM BIG JAM pernah memeriahkan Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010). Pantai Timur merupakan antara kawasan yang belum pernah di singgah Hot FM BIG JAM. Selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T’Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulangtahun ke-enam Hot FM.

Antara barisan artis muda, senior serta serantau yang dihimpunkan termasuk Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL’s, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bagi bahagian pertama konsert dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Untuk bahagian kedua konsert yang bermula dari jam 8.45 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan Spider, Ella, XPDC, Black, dan Nidji.

Turut beraksi di pentas nanti para penyampai Hot FM - Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baru daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny, serta Hot FM T’Ganu, Ain, Bell, Rafly dan Azri.

Tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam. Siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama. Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.

Pada hari konsert nanti, TV9 dan Hot FM akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai barangan eksklusif serta aktiviti 'on ground' bermula jam 2 petang.
Anda boleh saksikan liputan Sidang Media Hot FM Big Jam 2012 oleh GUA TV di http://bit.ly/yHZC6L

Source : www.gua.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails