Thursday, February 9, 2012

Nyanyi Mesti Ikhlas Dari Hati" - Herman Tino


9 Feb 2012,    |   Dhiya

GUA turut berpeluang menemui bintang utama video klip Awan Nano, Herman Tino di majlis kesyukuran Astro untuk Hafiz malam tadi. Herman Tino yang tidak lekang dengan senyuman sudi ditemu ramah GUA berkenaan perkembangan terkini beliau.
“Saya kini terlibat dengan beberapa undangan nyanyian di sekitar ibu kota. Saya masih bergiat aktif dalam bidang seni cuma tak ramai yang mengetahui”, ujar si pelantun lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir ini.
Ketika GUA bertanyakan pandangan beliau berkenaan kemenangan Hafiz di Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, beliau mengulas.

“Sudah tiba masanya Hafiz menang. Hafiz ada suara yang bagus dan dia dengar cakap. Maksud saya Hafiz seorang yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat industri muzik tanah air. Hafiz juga saya lihat menyanyi dari hati dengan ikhlas dan jujur. Bila kita nyanyi dengan ikhlas, maksud lagu tersebut sampai ke benak sanubari pendengar”

Sebagai orang lama dalam industri, sememangnya pengalaman dan ilmu yang Herman miliki amat berharga. Para peminat Herman Tino semestinya gembira mendengarkan khabar penyanyi ini.

“Berkenaan lagu Awan Nano pula, lagu ini telah berjaya membawa penemuan melodi nusantara yang kuat sekaligus meletekannya sebagai lagu yang meningggalkan memori dan nostalgia yang berkesan”, jelas Herman ketika ditanyakan mengenai kekuatan lagu Awan Nano.

Herman juga mengharapkan peminat menerima kedatangan dan bakat bintang muda seperti Hafiz. Ketika ditanyakan mengenai sebarang rancangan lain, komposer yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Zapin Yang Tinggal nyanyian Ramlah Ram berkata, dia ada memasang hasrat memberikan sebuah lagu zapin untuk Hafiz nyanyikan kelak jika ada kesempatan sambil mengakhiri perbualan.

Source : www.gua.com.my



No comments:

Related Posts with Thumbnails