Thursday, February 9, 2012

‘Deklamasiku’ Luahan Rasa Hafiz

9 Feb 2012, 10:34am   |   Dhiya



Dalam kesibukan beliau selepas memenangi Anugerah Juara Lagu Ke 26, Hafiz rupa-rupanya makin giat mengembangkan karier seni beliau. Tampak segak berbaju serba putih, Hafiz yang ditemui malam tadi sewaktu Majlis Kesyukuran beliau sempat ditemu ramah oleh GUA berkenaan kerjaya beliau.

“Alhamdulillah. Hafiz bersyukur atas rezeki yang telah Allah limpahkan pada Hafiz dan Hafiz nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengurusan Hafiz, Astro, TV3 atas penghargaan di Anugerah Juara Lagu , keluarga, rakan media, peminat serta semua yang menyokong dan mempercayai bakat Hafiz selama ini”, ucap Hafiz dalam nada gembira.

“Buat masa ini, Hafiz masih lagi menumpukan fokus kepada kerjaya nyanyian Hafiz dan tak lama lagi Hafiz akan muncul dengan single Deklamasiku. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, dalam tahun ini single tersebut akan dikeluarkan”

Single ciptaan Kuncidemak dan lirik oleh Iszduliza ini dikhabarkan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup Hafiz.

GUA yang turut diperdengar dengan sedutan lagu tersebut yakin yang lagu berentak balada ini mampu menjadi hits berdasarkan kekuatan melodi serta liriknya. Ditambah pula dengan kelunakan suara Hafiz, GUA pasti Deklamasiku boleh mengangkat nama Hafiz dalam industri ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

Tambah Hafiz juga, lagu Deklamasiku ini merupakan lagu bernada paling tinggi pernah beliau rakamkan. GUA doakan Hafiz terus berjaya seiring dengan bakat serta populariti beliau. Semoga kehadiran Hafiz akan terus memeriahkan industri muzik tanah air! Insya-Allah!

Source : www.gua.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails