Thursday, February 9, 2012

Hafiz Anjur Majlis Kesyukuran Sempena Kejayaan 'Awan Nano'


Oleh Wahiduzzaman

KUALA LUMPUR : Penyanyi Hafiz Suip berkata penganjuran majlis kesyukuran bersempena kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, idea penganjuran itu memang sudah dirancang sejurus kemenangan di AJL26  pada 29 Januari lalu.

"Saya memang sudah merancang untuk anjurkan majlis kesyukuran ini. Kebetulan pula pihak Astro selaku pengurusan juga bersetuju untuk turut serta.

"Majlis ini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini termasuklah komposer, teman-teman industri, peminat dan keluarga," katanya.

Penyanyi Awan Nano itu ditemui selepas majlis berkenaan di Hotel Hilton, di sini, malam Rabu.

Selain ahli keluarga dan teman-teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri komposer dan penulis lirik Awan Nano, Datuk M.Nasir dan Budhi Hekayat, komposer Aidit Alfian, penyanyi Herman Tino dan Aril Pilus, guru vokal Shafizawati Sharif dan petugas media.

Source : www.mstar.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails