Tuesday, February 21, 2012

Mania Bakal Lahirkan Superstar Malaysia



Teks oleh Razif Rosdi
Emel: razif_rosdi@astro.com.my
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2012: Bermula 17 Mac depan, industri hiburan tanah air akan digegarkan dengan sebuah program realiti TV terbitan Astro iaitu Mania yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi sebagai hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Lebih menarik lagi, program yang diwujudkan untuk melahirkan Superstar Malaysia itu akan disertai 12 penyanyi popular tempatan iaitu Adira, Akim, Alyah, Atilia, Awi Rafael, Estranged, Hazama, Hafiz, Jaclyn Victor, Kristal, Stacy dan Shila Amzah.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, memandangkan Astro setiasa mendapat permintaan tinggi dalam mewujudkan program yang berkualiti, maka Mania diterbitkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

"Menyedari muzik adalah satu cabang seni yang paling mendapat perhatian peminat seni hiburan tempatan, adalah baiknya kami mewujudkan program sebegini bagi memperkasakan lagi muzik tempatan.

"Pemilihan tiga nama besar sebagai penerbit muzik dalam program ini dibuat bersandarkan kajian yang mendapati latar belakang, reputasi dan kreadibiliti mereka yang berjaya membentuk ramai penyanyi yang bernama besar.

"Oleh itu, kami berbesar hati kerana mendapat kerjasama daripada penerbit muzik tersohor ini," katanya.

Dalam pada itu, keunikan program ini dilihat mampu memberikan impak berbeza dengan mewujudkan tiga kerusi istimewa yang diberi nama Hot Seat.

Platform yang diwujudkan secara undian online ini adalah untuk memberi peluang penyanyi lain yang agak kurang menyerlah dalam industri muzik tempatan untuk menjadi peserta.

Dalam posisi ini, 20 nama penyanyi tempatan yang disenaraikan kebanyakannya adalah bintang program Akademi Fantasia dan Mentor.

Tiga penyanyi yang mendapat undian tertinggi dari Hot Seat akan diberi peluang untuk bersama 12 peserta yang lain untuk menerima tugasan yang disediakan dalam program Mania.

Undian boleh dibuat dengan mengunjungi laman rasmi Mania iaitu http://www.mania.com.my/ .

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada penyanyi pilihan anda untuk sama-sama merebut gelaran Superstar Malaysia.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.

Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000.

Mania bakal disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Senarai peserta Hot Seat Mania

1. Idayu
2. Akma
3. Noni
4. Ebi Kornelis
5. Shawal
6. Riz
7. Toi
8. Nadia
9. Aishah
10. Aril
11. Daus
12. Maulana
13. Azri
14. Kay
15. Lena
16. Erul
17. Fina
18. Chaq
19. Fiq
20. Mohd

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails